Babak Terlalu Romantik Tak Perlu Dilakonan

Biarpun kali pertama bergandingan sebagai pasangan hero dan heroin dalam drama Isteri VS Tunang, Scha Alyahya, 33, dan Hisyam Hamid, 31, berjaya mencipta magis tersendiri.

"Admin nampak ada juga babak yang terlalu romantik yang tak patut dilakonan"

Scha Hisham

Siapa sangka penampilan sulung Scha dan Hisyam itu dilihat cukup serasi dan menjadi sehingga memberi persepsi berbeza dalam kalangan peminat.

Lebih membanggakan apabila drama yang menjadi ‘comeback’ kepada Scha selepas tiga tahun tidak berlakon itu menerima maklum balas positif.

Namun dalam pada ramai memuji, Scha dan Hisyam tidak boleh lari daripada menerima kritikan membabitkan beberapa babak romantik.

Bagi Scha atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Alyahya, melakonkan babak sedemikian sedikit sebanyak menimbulkan kebimbangan dalam diri, apatah lagi dia kini berstatus isteri dan ibu. | Sumber HMetro

Related Posts

Load comments