5 Lebuh Raya Laksana Sistem Kutipan Tol Elektronik Sepenuhnya

Lima lebuh raya di Lembah Klang akan melaksanakan sistem kutipan tol elektronik (ETC) selepas jam 12 tengah hari ini (2 Mac 2016). Berikutan itu, semua pengguna jalan raya dinasihatkan supaya bersiap sedia dengan kad Touch'n Go atau Smart Tag masing-masing ketika melalui lima lebuh raya utama berkenaan.

Bayaran tunai tidak akan diterima lagi di 22 plaza tol di lima lebuh raya utama di Lembah Klang iaitu di;

Lebuhraya Kuala Lumpur - Kuala Selangor (LATAR)
Lebuhraya Shah Alam (KESAS)
Lebuhraya Koridor Guthrie (Guthrie)
Lebuhraya Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT)
Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS)

Tol Secara Elektronik

Sementara itu, pemegang konsesi Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS), dalam satu kenyataan, memaklumkan akan melaksanakan sistem ETC sepenuhnya di enam plaza tolnya, mulai jam 12 tengah hari.

Berikutan itu pengguna yang memasuki enam plaza tol LEKAS, iaitu Kajang Selatan, Semenyih, Pajam, Mantin, Setul dan Ampangan sebelum 12 tengah hari, diberi tempoh untuk bayaran tunai semasa keluar dari lebuh raya berkenaan sehingga 12 tengah malam, 3 Mac.

"Ini selepas mengambil kira pengguna yang berhenti di kawasan rehat dan rawat (R&R) atau meletakkan kenderaan dalam tempoh yang lama di kawasan lebuh raya.

"Kita juga akan mengedarkan sebanyak 50,000 kad Touch 'n Go secara percuma yang mana mereka perlu membayar nilai kredit minimum berdasarkan kelas kenderaan masing-masing," menurut kenyataan itu.

Related Posts

Load comments