Hadith Open Mic di Astro Oasis

mic open

Berkonsepkan sesi 'Open Mic,' program ini membawa penonton mendengar dan mengikuti kisah setiap orang yang berkongsi tentang hadis yang memberi impak besar dalam kehidupan mereka atau hadis yang mereka pegang dan jadikan amalan seharian.

Bersiaran setiap Khamis 7.30 malam di Astro Oasis dan ulangannya di Astro Maya HD.

"Kita selalu tahu mutiara kata daripada buku yang kita pernah baca, tapi saya rasa daripada kita kongsi mutiara kata itu, ada mutiara kata yang lebih baik iaitu hadis. Jadi di situlah tercetusnya 'Hadith Open Mic," katanya lagi.

Bagi Pendakwah Bebas, PU Razi, program seumpama ini adalah program ilmu agama yang seronok dilakukan selain dapat menambah rakan dan mengeratkan silaturrahim.

"Program yang ini ialah berkaitan kita nak belajar hadis, tapi nak belajar dengan cara yang mudah. Kita nak belajar dengan cara yang seronok. Kita nak belajar dengan cara yang amazing," ujarnya.

'Hadith Open Mic' turut mendapat sambutan pelbagai peringkat umur, daripada keluarga hinggalah kepada pelajar.

Kata Norhana, dengan berkongsi pengalaman secara terbuka, ia secara tidak langsung dapat meruntuhkan halangan-halangan yang ada di dalam hati.

"Setiap kali kami buat, akan ada sahaja cerita baharu, pengalaman baharu dan paling terkesan orang baharu," katanya.

Episod terkini

Related Posts

Load comments