Restoran De' Tulang Merah Sufi AF

Dalam usaha mendekati peminat, Sufi AF telah membuka restoran dikenali sebagai Restoran De’ Tulang Merah di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.

Alamat De' Tulang Merah
Unit A-G-1 Seri Gembira Avenue, No.6 Jalan Senang Ria, 58200 Kuala Lumpur
Opens daily 11am-11pm
*Closed on Mondays*

Sufi De' Tulang Merah

Menurut Sufi, peminat yang ingin bertemunya boleh ke restoran berkenaan yang mula dibuka sejak 20 Februari lalu.

Bercerita mengenai restoran yang diusahakan bersama beberapa rakan itu, Sufi berkata, dia mengetengahkan menu utama sup tulang merah.

“Sup tulang merah ialah makanan popular di Singapura. Jadi, saya yakin menu ini mampu menarik minat ramai pencinta makanan di sini.

“Rempah dan resipinya memang asli dari Singapura, cuma bahan mentah seperti tulang saya dapatkan daripada pembekal di sini,” katanya.

Ditanya mengenai pembahagian masa sebagai penyanyi dan ahli perniagaan, Sufi yakin semuanya boleh diatur.

“Masa sentiasa boleh dibahagikan. Lagi pula, restoran ini tidak terlalu jauh dari tempat tinggal saya di Sungai Besi,” katanya.

Berbicara mengenai karier muzik, Sufi kini masih lagi mempromosikan single Kisah Dua Muka dan dalam perancangan untuk menghasilkan single terbaru.

“Kisah Dua Muka masih lagi dipromosikan. Saya mahu lagu ini dan nama saya kukuh terlebih dulu, kemudian barulah saya akan lancarkan single seterusnya. | Sumber HMetro

Ada masa nanti insyallah admin nak rasa jugak Sup Tulang Merah ni sebab memang tak pernah rasa lagi hehe.. all the best De' Tulang Merah moga bisnis terus maju yo..

Antara menu di restoran De' Tulang Merah

Menu utama: Sup Tulang Merah

Aglio Olio Smoked Beef

Cheezy Grilled Chicken Sausage

Grilled Chicken Chop

Mountain Waffles

Pasta Sambal Tumis

Sizzling Mutton Chop

Related Posts

Load comments