Pelakon-pelakon JRevolusi
Pelakon JRevolusi
Zul AriffinIzara Aisyah
Nur Fazura
Farid Kamil
Azad Jazmin
Iedil Putra
“Alhamdulillah, saya berasa sangat bertuah dapat bekerjasama dengan ramai nama besar. Sikap profesional mereka melancarkan proses penggambaran,” katanya.
Jika diamati sejarah pembikinan filem tempatan, sudah lama penonton tidak disajikan dengan filem ala James Bond.
Antara filem Melayu berkonsepkan penyiasatan dan terus diingati sehingga ke hari ini adalah Jefri Zain: Gerak Kilat dan Nora Zain: Ejen Wanita 001 yang diterbitkan pada 1966 dan 1967.
Berbeza dengan filem aksi lain, J Revolusi memaparkan kisah pegawai Unit Tindak Khas (UTK), Jay Zulkarnain lakonan Zul Ariffin, berusaha menyelamatkan adiknya, Dian (Fazura) yang diculik pengganas.
Dalam misi menyelamat itu, Jay terperangkap dan dituduh membunuh seorang rakan setugasnya. Tercetuslah pelbagai konflik dan insiden mengejutkan yang menghantui Jay.
Menurut Zulkarnain lagi, bagi memastikan gerak seni pertahanan diri tampak lebih realistik, dia mendapatkan bantuan kumpulan seni bela diri One FC Mixed Martial Arts (MMA).
“Kami menggunakan khidmat ahli MMA sebagai penampilan khas bagi babak aksi.
“Selain itu, pihak produksi turut menyediakan koreografer untuk membantu pelakon mendapatkan sudut terbaik, sesuai dengan sudut kamera,” katanya lagi.
Bercerita mengenai filem yang membabtikan Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Zulkarnain mengakui ada syarat dan peraturan yang perlu dipatuhi produksi.
“Itu sudah tentu kerana ia membabitkan rahsia jabatan keselamatan negara.
“Syukur semuanya okey dan kami tidak berdepan sebarang masalah,” katanya.
Satu lagi keunikan J Revolusi adalah penggunaan alatan sebenar yang digunakan UTK.
“Saya ingin menampakkan kehidupan sebenar pegawai UTK. Jadi, soal alatan sehinggalah pergerakan dan teknik pertarungan sama dengan rutin sebenar pegawai UTK,” katanya.
Bagi Zul Ariffin, cabaran terbesar menjayakan filem ini adalah dari segi fizikal.
“Untuk watak Jay, saya perlu melakukan aksi dengan memakai sut sebenar UTK yang beratnya mencecah 15 kilogram.
“Beraksi dengan mereka yang profesional dari MMA satu pengalaman baru buat saya. Banyak ilmu serta teknik pertempuran saya belajar dan ia cukup berharga,” katanya.
Menurut Zul lagi, ini adalah filem kelima lakonannya dan pertama kali memegang peranan utama.
“Menerusi projek ini saya bekerja di bawah arahan Zulkarnain buat pertama kalinya. Bagi saya dia pengarah yang bagus dan mewah dengan idea segar.
“Saya ucapkan terima kasih kepada seluruh tenaga kerja produksi yang banyak membantu,” katanya.
Sementara itu Izara Aisyah mengakui meskipun penggambaran filem J Revolusi sangat memenatkan, dia berpuas hati dan terhibur.
“Sepanjang karier saya sebagai pelakon, ini watak pertama yang menuntut saya menggunakan banyak tenaga. Ada banyak babak aksi dan ia cukup memenatkan, tetapi saya seronok dapat melakukannya.
“Ketika remaja, saya pernah belajar muay thai. Menerusi watak Eddie, saya praktikkan semua ilmu yang saya ada,” katanya.
Filem J Revolusi yang menelan belanja RM2.7 juta akan menemui penonton awal tahun hadapan.