Scene Menarik Episod 2 DTL

episod 2 dtl

Sinopsis Episod 2 Duda Terlajak Laris. Zack masih lagi marah dengan Pehah di atas kejadian semalam. Dia memaksa Pehah untuk menceritakan perkara sebenar di hadapan walid dan umi tetapi Pehah tidak mengaku akan perbuatannya itu.

Dia berjaya melarikan diri pulang ke rumahnya selepas memaksa Pehah untuk memulangkan kunci motornya. Dia nekad untuk tidak kembali ke rumah itu sampai bila-bila. Setiba di rumah, dia disambut dengan berang sambil memegang pedang samurai oleh ayahnya, Kamarulzaman. Selepas dipujuk oleh ibunya, barulah Zack berani untuk masuk ke dalam rumah.

Di dalam rumah, ayahnya menyatakan perasaan betapa terkilan dengan perbuatan Zack. Zack sedaya upaya mempertahankan dn menceritakan perkara sebenarnya. Apabila Zack bercakap sahaja, dia dikatakan menjawab oleh ayahnya. Kak Nura yang merupakan satu-satunya kakak Zack memberi cadangan supaya perkahwinan mereka di putuskan.

Zack gembira apabila kakak kesayangannya graduan jurusan undang-undang itu bercakap dan menyebelahinya.

Video

DTL SM E02
Scene menarik Ep2 DTLarisFull vid http://goo.gl/0oSpkV
Posted by Kepala Bergetar on Tuesday, April 12, 2016

Related Posts

Load comments