Khai yang berasal dari Sarawak telah menyertai Nana berduet menerusi aplikasi 'Smule'. Agak memeranjatkan kerana vokal Khai dan Nana kedengaran sangat serasi ketika menyanyikan lagu tersebut.
Apatah lagi, sebelum ini Nana pernah mengeluarkan kenyataan sukar untuk mencari penyanyi lelaki yang mampu menyanyikan lagu ciptaan Patrick Khamis itu dengan baik.
Rata-rata komen yang ditinggalkan meminta Khai menjadi seorang penyanyi profesional dan menyertai pertandingan nyanyian serta program realiti TV.
Setakat artikel ini ditulis, video duet Khai dan Nana telah ditonton oleh 287 ribu pengikut laman sosial Youtube.
Akaun Youtube Khai setakat ini mempunya seramai 42 ribu 'subscribers' yang kebanyakannya peminat vokalnya.