Aeril dan Wawa Tidak Gemar Kongsi Gambar Anak

Aeril Wawa sekeluarga

"Saya dan Wawa ambil pendekatan untuk tidak terlalu memuat naik gambar anak. Sebenarnya saya kongsi gambar anak di Instagram pun untuk peribadi. Pun begitu, apabila terlalu kerap ramai yang meminta, barulah saya kongsikan, tapi tidak selalu," ujar Aeril sambil tersenyum.

"Duda Terlajak Laris merupakan drama pertama Wawa selepas habis pantang. Sebagai suami saya tidak pernah menghalang dia dalam dunia seni. Dia pandai jaga batas dan maruah saya, jadi saya percayakan dia. Seandainya masih mahu berlakon atau tidak itu terpulang kepada dirinya," katanya.

Pelakon tampan Aeril Zafrel ada memberitahu bahawa dia dan isteri Wawa Zainal, tidak gemar untuk terlalu memuat naik gambar anak mereka di laman sosial. Ini kerana, mereka tidak mempunyai sebab tertentu untuk menjadikan perkara itu satu kemestian.

Ditanya pula tentang Wawa dalam dunia lakonan kerana sudah lama tidak dilihat, Aeril atau nama penuhnya Suhairil Sunari, 28, berkata, Wawa sebenarnya sudah kembali berlakon selepas habis berpantang.

Jelas Aeril ketika ditemui pada majlis preview buffet ramadhan bertempat di Dewan INTEKMA Resort dan Pusat Konvensyen, UiTM, Shah Alam.

Menyentuh tentang karier Aeril yang sudah lima tahun di dalam industri seni, dia baru saja habis penggambaran drama Nahu Rindu untuk slot Zehra yang akan ditayangkan pada bulan November depan. Selain itu, untuk TV3 slot Samarinda Patahnya Sebelah Sayap pada bulan lapan. - MHiburan

Terbaru mereka bergandingan di dalam telemovie Tetamu Ramadan yang bersiaran di slot Cerekarama TV3.

Related Posts

Load comments