Drama Jejak Karmila di Zehra TV3
Akan datang drama Jejak Karmila di slot Zehra TV3. Merupakan drama dari adaptasi novel hasil nukilan Nilam Syapina. Pelakon utama drama ini Redza Rosli, Mia Ahmad dan Nasha Aziz. Dapat info di blog EDtv, Mia Ahmad akan jadi anak kepada Nasha Aziz. Drama hasil terbitan Zeel Production dan diarahakan oleh Murali Abdullah.
Pelakon, Mia Ahmad, menimba pengalaman baharu sebagai wartawan apabila menjayakan watak Suraya dalam drama Jejak Karmila. Menerusi naskhah arahan Murali Abdullah yang turut dibintangi Fauziah Ahmad Daud itu, beliau melakonkan watak wartawan meja jenayah.
Ditemui BH Online ketika menjayakan penggambaran di Balai Berita, di sini hari ini, pelakon bertudung berkenaan berkata, berikutan kerjaya yang diceburinya, beliau banyak bertemu dengan wartawan terutama daripada meja hiburan.
"Selama ini saya datang ke Balai Berita untuk sesi fotografi dan temubual, bagaimanapun kali ini agak berbeza apabila saya pula yang menjadi 'wartawan meja jenayah' di sini. "Ia sebenarnya bukan watak yang mudah. Maklumlah, selama ini juga saya hanya membaca berita jenayah di akhbar dan laman sosial.
Kini, saya sendiri perlu menghidupkan watak wartawan yang menyediakan berita itu pula," katanya. Akuinya, pengalaman berurusan dengan wartawan hiburan sedikit sebanyak memberikannya ilham untuk menghidupkan karakter Suraya.
Bercerita mengenai watak terbabit, Mia berkata, Suraya ialah anak sulung kepada wanita bernama Karmila. Selain meneruskan rutin hariannya sebagai wartawan, pada masa sama beliau turut berusaha menjejaki wanita itu tanpa mengetahui si ibu berada dalam penjara.
Karmila dihukum penjara selama hampir 20 tahun kerana membunuh suaminya tanpa sengaja demi menyelamatkan anaknya, Suraya dan Noni (lakonan Ruhainies). Suraya, katanya, ingin menjejaki di mana ibu dan adiknya berada kerana masing-masing sudah sekian lama terpisah.
"Peluang berlakon di samping bintang hebat seperti Fauziah menjadi penghormatan besar buat diri saya. Inilah juga pengalaman pertama saya berlakon dengannya," katanya.
Selain mereka, memperkuatkan drama 13 episod terbitan Zeel Productions itu ialah Ben Ali dan Asyraf Ali. Ia dijadualkan menemui penonton TV3 pada awal Disember depan. Menyentuh sisi peribadi, Mia berdoa agar segala perancangan untuk menaiki pelamin bersama buah hati yang penjaga gol pasukan JDT, Izham Tarmizi Roslan, pada tahun depan tidak berdepan halangan.
Mia bagaimanapun berkata, setakat ini tarikh pernikahan mereka belum diputuskan lagi. Beliau yang popular menerusi drama Hati Perempuan turut memaklumkan, dirinya dan Izham sepakat untuk tidak mengadakan majlis pertunangan, sebaliknya ingin terus saja berkahwin.
Related Posts
Load comments