Telemovie Sepahtu Mercun Raya di Astro Ria

Jep Shuib Izreen

Sinopsis telemovie Sepahtu Mercun Raya, mengisahkan Jep dan Shuib memarahi Mamat kerana sikapnya yang suka mengurat anak jiran sebelah yang juga gadis idaman Jep dan Shuib. Akibatnya, Mamat hilang pada hari pertama Ramadan.

Video SMRaya

Jep dan Shuib berusaha mencari Mamat dan dalam pencarian itu, mereka terjumpa sebuah lori terbabas di tepi jalan dan mempunyai muatan mercun seludup. Kedua-duanya lupa tujuan mencari Mamat yang hilang dan mula memberi perhatian pada mercun seludup tersebut.

Mereka menjual mercun itu sedikit demi sedikit dan gembira dengan wang yang diperoleh. Namun tanpa disangka, mereka dihantui hantu cina iaitu pemandu lori tersebut yang cuba menuntut kembali mercun-mercun miliknya.

Akhirnya perbuatan Jep dan Shuib dihidu pihak berkuasa. Pada pagi raya, Mamat datang menjenguk Jep dan Mamat di lokap dan mereka menjamah ketupat bersama.

Lakonan Jep Sepahtu, Shuib Sepahtu, Izreen Azminda, Chiwan Chilok. Terbitan Prima Kreatif Snd Bhd dan diarahkan M.Danial. Tayangan 2 Julai, Sabtu 9.00 malam di Saluran Astro Ria.

Related Posts

Load comments