- Home
- Artis
- Saharul Ridzwan
- Saharul rancang majlis ringkas dan tertutup
Saharul rancang majlis ringkas dan tertutup
"Soal siapa bakal isteri saya itu biarlah saya dedahkan pada hari nikah nanti... Itu janji saya sebelum ini. "Persiapan kahwin juga sudah pada peringkat akhir. Peminat akan saya raikan nanti," katanya ditemui di Rumah Terbuka Media Prima Berhad (MPD) di sini, petang ini.
Selepas tersebar gambar kad undangan perkahwinannya di laman sosial, pelakon Saharul Ridzwan, 27, mengumumkan bakal bernikah dengan gadis pilihan pada 16 September depan di Putrajaya.
Bagaimanapun, Saharul enggan mengesahkan gadis dikenali sebagai Qaabila Deena Amir seperti yang tertera pada kad undangan perkahwinan terbabit, adalah bakal isterinya. Mengikut perancangan, bintang drama Hati Perempuan itu akan bernikah pada sebelah pagi manakala majlis resepsi diadakan pada sebelah malam.
Saharul bagaimanapun merancang mengadakan sidang akhbar tidak lama lagi untuk berkongsi cerita hari bahagianya. "Selama ini, saya bukan nak mengelak mengenai cerita perkahwinan. Tapi saya mahu semua media menerima berita gembira ini secara serentak. Cuma apabila tersebarnya kad kahwin itu, semua perancangan itu menjadi lain.
"Saya hanya terkilan apabila kad kahwin itu tersebar. Saya percaya semua ini berlaku atas perancanganNya. Kalau boleh, saya nak kahwin macam orang biasa. Kawan saya yang dah kahwin pun sudah ada dua tiga anak," katanya.
Mengaku penyebaran kad undangan perkahwinannya di alam maya membuatkan perancangannya terjejas, Saharul bagaimanapun reda dengan apa yang berlaku. "Kahwin adalah ibadat. Jadi apa yang dirancang termasuk bertemu media akan diteruskan," katanya yang turut berlakon drama Assalamualakum Cinta itu. Saharul berkata, dia merancang majlis perkahwinan yang ringkas dan tertutup. - BHarian
Related Posts
Load comments