Drama Lara Cinta Ameena lakonan Raja Afiq dan Tiz Zaqyah

Drama Lara Cinta Ameena

Drama Lara Cinta Ameena ini diarahkan oleh Suhaimi Lua Abdullah dan terbitan Tanah Beris Film Production. Gandingan lakonan Tiz Zaqyah dan Raja Afiq ini bakal keudara di Slot Samarinda bermula pada 30 November 2016.

Sinopsis Drama

Kisah konflik rumah tangga Radhuan dan Ameena disebabkan oleh orang ketiga iaitu Puan Kirana yang merupakan ibu kepada Radhuan.

Episod Penuh (Youtube rasmi TV3)

Info Drama

  • Episod: 15 episod
  • Tarikh/Masa: 30 November 2016, Setiap Isnin-Rabu 10 malam
  • Pengarah: Shuhaimi Lua
  • Terbitan: Tanah Beris Film Production Sdn Bhd
  • Pelakon: Raja Afiq, Tiz Zaqyah, Zarina Zainoordin, Fazlina Ahmad Daud, Lia Natalia, Fazren Rafi, Danish Hazriq


Watak Pelakon

  • Raja Afiq sebagai Radhuan
  • Tiz Zaqyah sebagai Ameena
  • Zarina Zainoordin sebagai Ezzaty
  • Fazlina Ahmad Daud sebagai Kirana

“Insya-Allah, saya akan menjayakan drama bersiri Lara Cinta Ameena untuk Slot Samarinda TV3 bulan ini. Drama ini dijangka bersiaran bulan depan,” katanya.

Namanya agak sepi di persada hiburan tanah air ketika ini. Malah, wajahnya juga sudah jarang menghiasi kaca televisyen.


Justeru, ada segelintir pihak mendakwa Zarina Zainoordin sudah melupakan dunia lakonan selepas bergelar penyampai radio Best FM yang beroperasi di Johor Bahru.

Menurut bakat kelahiran program realiti Akademi Fantasia musim kedua ini (AF2), dia memperlahankan aktiviti seni buat sementara waktu kerana mahu fokus dengan tugasan di konti radio.

“Terus terang, bidang seni sudah sebati dengan diri. Alhamdulillah, pengurusan Best FM memahami minat saya. Malah, mereka memberi kelonggaran kepada saya meneruskan karier lakonan jika ada kelapangan.

Jangan lupa saksikan drama Lara Cinta Ameena bermula esok jam 10 malam setiap Isnin hingga Rabu di TV3.

Related Posts

Load comments