Program menarik sempena Maulidur Rasul di TV3 TV9


Pelbagai acara akan diadakan oleh setiap umat Islam di seluruh dunia bagi memperingati hari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w yang dikasihi. Bersempena dengan Maulidur Rasul tahun ini pada 12 Rabiulawal 1438H bersamaan dengan 12 Disember 2016, TV3 dan TV9 menyediakan dua telefilem khas iaitu ‘Bening Cahaya Maulid’ lakonan Idris Khan, Niena Baharun, Zamarul Hisham & Da‘i Izzhar dan ‘Syurga Di Hujung Jalan’ lakonan Iedil Putra, Nazeera Sardi & Mawar Rashid untuk tontonan semua.

Selain itu, jangan ketinggalan untuk menyaksikan telefilem hebat lakonan Mubarak Majid, Shukri Yahaya, Zulkifli Ismail, Nor Albaniah dan Chacha Maembong menerusi Jalan Taubat dan kisah adik Haykal yang inginkan kedua-dua ibu bapanya bertaubat dalam telefilem Hajat serta program dokumentari yang sarat dengan mesej positif iaitu Naiwaitu Teristimewa dan Bedah Siasat Khutbah Terakhir Rasulullah yang dihoskan oleh Ustaz Roslan Mohamed dan Ustaz Zul Ramli M. Razali turut disediakan oleh TV3 dan TV9.

Berikut ialah senarai program yang akan disiarkan:


TV3 

Sabtu, 10 Disember 2016
Jalan Taubat, 12.00 tengahari – 1.30 petang
Zul merupakan anak tunggal kepada Pak Ali. Dia nakal dan suka memberontak kerana malu dengan kemiskinan keluarganya dan juga kerjaya ayahnya sebagai seorang tukang cuci tandas. Pada suatu hari, Zul diminta untuk menjaga ibunya yang kini terlantar sakit di rumah. Bagaimanapun, ketika ibunya sedang tidur, dia telah ke kubur untuk memuja bagi 'menarik' nombor ekor. Malangnya, Zul ditangkap oleh pihak agama. Bagai sudah jatuh ditimpa tangga, nasib Zul bertambah malang apabila ibunya meninggal dunia pada malam dia ditangkap. Zul insaf selepas kejadian itu. Namun, adakah Zul akan kembali mengulangi dosa silamnya?

Zul is the sole son of Pak Ali. He is a rebellious person and is ashamed of his dad’s occupation as a toilet cleaner. One day, Zul was asked to look after his sick mother at home. However, when his mother was asleep, Zul went to worship the cemeteries and asked for lotto numbers. Unfortunately, Zul was caught by the authority and his mother passed away on the night he was caught. Zul repent after the incident. Will Zul repeat his past mistakes?
PELAKON: Mubarak Majid, Shukri Yahaya, Zulkifli Ismail, Nor Albaniah, Chacha Maembong



Isnin, 12 Disember 2016
Hajat, 2.00 petang – 4.00 petang
Dilla dan Imam berkahwin pada usia yang muda, dan mempunyai seorang anak bernama Haykal. Kehidupan yang padat membuatkan Dilla sering merungut dan Haykal pula ditinggalkan bersama ibu bapa Imam, yang mengamalkan gaya hidup moden. Keluarga Dilla telah datang untuk menziarahi mereka dari kampung. Haykal hairan melihat atuk dan neneknya solat kerana dia langsung tidak pernah melihat kedua-dua ibu bapanya berbuat demikian. Haykal yang telah mengikut gaya hidup atuk dan neneknya menimbulkan pergaduhan antara Dilla, Imam dan keluarga Imam. Pada suatu hari, Haykal demam panas. Apakah yang akan berlaku kepada Haykal dan keluarganya? Adakah keluarga Haykal akan pulang ke jalan yang benar?

Dilla and Imam got married at a young age, and they both have a child named Haykal. Dilla always complains to Haykal regarding their hectic life, whereas Haykal is being taken care by Imam’s parents, who live the modern lifestyle. Dilla’s parents came to visit them. Haykal felt curious when he saw his grandparents praying as he has not seen his parents done so. Haykal followed his grandparents’ lifestyle and this sparked a conflict between Dilla, Imam and Imam’s parents. One day, Haykal had a high fever. What will happen to Haykal and his family? Will his family return to the path of righteousness?
PELAKON: Ungku Ismail, Wan Sharmila, Roy Azman, Didie Alias, Hilal Azman, Rosnah Johari, Mohd Airel



Bening Cahaya Maulid, 10.00 malam – 12.00 tengahmalam
Suria bakal melahirkan anak sulungnya tetapi suaminya Hamdan, masih sibuk dengan persiapan Perarakan Maulidur Rasul. Walaupun Hamdan melakukan suatu perkara yang baik, dia sering mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang suami di rumah. Suatu hari, Suria mengejut Hamdan dan meminta bantuan untuk membawanya ke hospital pada pukul 5 pagi. Hamdan panik kerana dia perlu ke perkarangan masjid untuk memulakan perarakan pada pukul 6 pagi. Adakah Hamdan akan menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan membawa isterinya ke hospital?

Suria is expecting her first chile with his husband, Hamdan, who is still busy preparing for the Maulidur Rasul parade. Even though Hamdan is doing a good deed, he always abandons his responsibilities as a husband. One day, Suria woke her husband up and asked him to send her to the hospital at 5 in the morning. Hamdan panicked as he had to go to the mosque to start the parade at 6 a.m. Will Hamdan carry out his responsibilities as a husband and bring his wife to the hospital?
PELAKON: Idris Khan, Zamarul Hisham, Elvina Mohamed, Da’i Hadhari


TV9

Isnin, 12 Disember 2016
Nawaitu Teristimewa, 4.00 petang – 5.00 petang (Siaran di TV3 pada 17 Disember 2016, 6.02 petang – 6.58 petang)

Program ini menceritakan bagaimana para Muslimin yang serba kekurangan melaksanakan ibadahnya dalam serba kelainan serta memberi keinsafan yang optimum kepada orang ramai dan menjadi inspirasi buat yang menonton.

This program tells the story with their differences, handicapped Muslims still perform their everyday religious rituals in which they are considered as an inspiration to all.
GUEST: Mohamad Ridzuan (Atlet Paralimpik Negara, Ustazah Zawati Yusoff, Ustaz Nabil Mahathir)


Syurga Di Hujung Jalan, 8.30 malam – 10.30 malam (slot Skrin Di 9)
Telefilem ini mengisahkan Zaliya, seorang pelajar pintar di sekolah namun kerana salah memilih rakan, hidupnya berubah. Dia ditangkap oleh polis kerana mengikut rakannya, Marini yang menjual dadah tanpa diketahui Zaliya. Malang bagi Zaliya, sudahlah terpaksa meringkuk di sekolah pemulihan akhlah, dia turut dibuang Salmah, ibunya sendiri yang malu dengan perbuatan Zaliya. Hidupnya juga tertekan dengan pandangan serong masyarakat sekeliling yang tidak henti berkata jahat padanya. Setelah keluar daripada sekolah pemulihan akhlak, Zaliya menggunakan kemahiran menjahit yang telah dipelajari, untuk membuka perniagaan menjahit di kampung. Muncul pula Hadif, anak Haji Ramli yang jatuh hati dengan ketulusan Zaliya. Hadif meminang Zaliya dan tanpa persetujuan Zaliya, ibunya telah menerima pinangan tersebut, Muslihat di sebalik kesungguhan Haji Ramli ingin bermenantukan Zaliya rupanya palsu. Mampukah Zaliya mengharungi segala ujian dalam hidupnya itu?

Zaliya is a smart student at school but she always befriend with the wrong person until her life changes. She was caught by the police for following her friend Marini, who was selling drugs without her knowing. Unfortunately, not only Zaliya was sent to a reform school, she was also kicked out of the house by Salmah, who is her own mother due to being embarrassed by Zaliya’s actions. Zaliya is also stressed out as she is being looked down by the society. Zaliya utilized her sewing skill that she learned while she was in reform school by opening a tailor back at home. Hadif, the son of Haji Ramli popped up and fell in love with her. Hadif proposed to Zaliya without her agreement, and Zaliya’s mom accepted the proposal. However, Haji Ramli actually pretends to be eager to wed his son with Zaliya. Will Zaliya be able to go through the challenges in her life?
PELAKON: Iedil Putra, Nazeera Sardi, Mawar Rashid, Zarina Zainuddin, Rafe Ghazali, Delimawati



Bedah Siasat Khutbah Terakhir Rasulullah, 10.30 malam – 11.30 malam (Siaran di TV3 pada 17 Disember 2016, 11.00 malam – 12.00 tengah malam)
Ikuti program yang membincangkan khutbah dan nasihat-nasihat terakhir daripada Rasulullah Nabi Muhammad s.a.w. Program ini turut menyelidik nasihat-nasihat yang telah diberi oleh baginda dan bakal dikaitkan dengan isu-isu terkini dengan lebih terperinci kepada para penonton. Program ini turut dihoskan oleh Ustaz Roslan Mohamed dan Ustaz Zul Ramli M. Razali.

Bedah Siasat Khutbah Terakhir Rasulullah dissects Prophet Muhammad’s final sermon in which his final advises were highlighted. While we know he speaks of caring for women and to never leave our prayers among others, this program will delve deeper to further elaborate on Prophet Muhammad’s points for the audiences’ better understanding. The points will also be related to the current situations happening globally. Program will be presented in an interesting manner by Ustaz Roslan Mohamed & Ustaz Zul Ramli M. Razali.
HOS: Ustaz Roslan Mohamed, Ustaz Zul Ramli M. Razali.

Related Posts

Load comments