Hero Seorang Cinderella lakonan Fattah Amin dan Fazura

Drama terbaru Hero Seorang Cinderella akan mula ditayangkan pada 22 Mei ini. Bersiaran setiap Isnin hingga Khamis jam 10.00 malam di saluran Astro Ria. Drama ini terbitan Cube Film Sdn Bhd dan hasil arahan Michael Ang dan Hadith Omar. Adaptasi dari novel popular karya Anjell.

hero seorang cinderella 2

Para Pelakon

Fattah Amin, Nur Fazura, Uqasha Senrose, Zizie Izette, Uqasha Senrose, Fikry Ibrahim, Aedy Ashraf, Nina Juren, Iswan Ismail, Jasmine Suraya, Lisdawati.

Fattah Amin bersama Keluarga Shopping Raya
Ian dan Medina di rancangan MeleTOP

Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5
Episod 6Episod 7Episod 8Episod 9Episod 10
Episod 11Episod 12Episod 13Episod 14Episod 15
Episod 16Episod 17Episod 18Episod 19Episod 20
Episod 21Episod 22Episod 23Episod 24

Sinopsis Hero Seorang Cinderella

Kisah seorang Cinderella bernama Nura Medina dan hero, Tengku Ian Uzzam.

Sekali pandang, orang mesti cakap dia sesuai untuk Cinderella versi thriller. Dia cantik tapi muka dia beku. Senyum ikhlasnya mahal. Jelingannya tajam mengalahkan pedang. Semuanya hanya untuk menutup kisah hidupnya. Itulah Nura Medina.

Seratus lapan puluh darjah pula dengan heronya. Heronya masih versi Prince Charming. Dia kacak membunuh. Senyumnya ikhlas versi pencair hati. Jelingannya mampu bikin anak dara penasaran. Dan kepulangannya ke Malaysia kali ini bersama satu amanah. Itulah Tengku Ian Uzzam.

Nura Medina hidup bersama ibu tiri, Datin Mawar dan kakak tiri, Puteri selepas perkahwinan kedua ayah Medina, Datuk Azizan. Hubungan Medina dengan ayahnya tak begitu rapat kerana selalu dihasut oleh Datin Mawar. Sehingga dia difitnah lalu dihalau keluar rumah oleh Datuk Azizan. Walau apa yang terjadi Tengku Ian selalu dalam hidupnya, muncul sebagai hero penyelamat.

Namun ada rahsia disebaliknya? Apakah rahsianya?

Artikel Berkaitan

Dalam perkembangan terbaru, Fattah baru saja selesai menjalani penggambaran drama bertajuk Dia Anak Jeneral untuk siaran RTM. Selepas itu, beliau akan menjayakan pula drama Hero Seorang Cinderella yang akan bergandingan dengan pelakon Fazura.

Bintang sensasi, Fattah Amin, 26, tidak mempunyai masalah, malah menyambut baik kerjasama kedua yang bakal terjalin antara beliau dengan pelakon jelita, Neelofa, 28.

Kedua-duanya akan kembali bergandingan dalam telefilem raya, Suri Hati Mr Pilot (SHMP) yang dijangka memulakan penggambaran pada 9 hingga 16 April depan. Kata Fattah, dunia industri hiburan di Malaysia adalah kecil, justeru kebarangkalian untuk masing-masing kembali bertemu dan bekerjasama tetap ada.

hero seorang cinderella

"Industri kita ini kecil, pusing-pusing pun tetap muka yang sama yang kita jumpa. Antara saya dan pihaknya pula memang tiada masalah. Malah, kami masih berkawan.

"Cuma, apa yang saya boleh kongsi, antara saya dengan dirinya, kami mengamalkan sikap profesional dalam mengendalikan setiap tugas yang diberikan. Jadi, saya melihat kerjasama antara kami sebagai sesuatu yang positif.

"Saya pun tidak pernah terfikir kerjasama kami dalam dunia seni akan berakhir. Apatah lagi kami sendiri senang bekerjasama. "Beberapa hal berbangkit sebelum ini terjadi atas faktor yang tidak dapat dielakkan. Keputusan itu juga mungkin yang terbaik untuk kedua-dua belah pihak," kata Fattah kepada BH Online.

Semalam, dua bintang terkenal itu mengesahkan mereka akan kembali bergandingan dalam SHMP versi telefilem untuk siaran musim Aidilfitri nanti. Sebelum ini, Neelofa dilaporkan takkan membintangi sebuah lagi projek lakonan yang sepatutnya menggandingkan mereka, Hero Seorang Cinderella, atas alasan yang enggan dikongsi bersama umum.

Begitupun, keputusan itu difahamkan ada kaitannya dengan gosip cinta yang melanda mereka sebelum itu. Drama lakonan kedua-duanya, SHMP, menjadi fenomena pada tahun lalu sehingga ramai peminat yang berharap Fattah dan Neelofa akan kembali bersatu dalam projek terbaru itu.

"Kepada semua peminat SHMP dan Lofattah, terima kasih di atas sokongan yang diberikan. Hanya Tuhan yang mampu membalas budi baik kalian. Teruskan berdoa yang baik-baik," kata Fattah yang turut mengasah bakat nyanyiannya menerusi lagu Wanita Terakhir. - BHarian.

Saksikan nanti drama Hero Seorang Cinderella yang bersiaran 24 episod di saluran Astro Ria jam 10 malam, Isnin hingga Khamis.

Related Posts

Load comments