Biniku Ninja lakonan Jihan Muse dan Ungku Hariz

Aanomalous Films telah membawakan drama Biniku Ninja yang diinspirasikan dari novel karya Azlan Andi. Bersiaran di Astro Oasis dan Maya HD setiap hari Isnin hingga Rabu jam 9.00 malam.

biniku ninja

Para Pelakon

Ungku Hariz, Jihan Muse, Mark Adam, Zain Hamid.

Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5
Episod 6Episod 7Episod 8Episod 9Episod 10
Episod 11Episod 12Episod 13Episod 14Episod 15
Episod 16Episod 17Episod 18Episod 19Episod 20
Episod 21Episod 22Episod 23Episod 24Episod 25
Episod 26Episod 27

Artikel Berkaitan

Pelakon Ungku Hariz berasa terkilan apabila ada pihak melemparkan fitnah kononnya kehidupan dia ditanggung oleh isterinya yang juga pengacara dan pelawak, Jihan Muse.

Ungku Hariz, 32, bagaimanapun merasakan tidak perlu untuknya mempertahankan diri kerana dia tahu sudah menjalankan tanggungjawab sebagai suami dengan baik terhadap isterinya itu.

"Saya manusia biasa dan tidak dapat lari daripada berasa terguris apabila mendengar gosip itu.

"Memang saya terkejut apabila ada orang kata hidup saya ditanggung isteri walaupun ia tidak benar.

"Pun begitu baik saya atau Jihan kami lebih tahu dan tidak perlu saya war-warkan apa yang saya sudah lakukan untuk isteri dan rumah tangga kami," katanya kepada mStar Online.

Pemilik nama sebenar Ungku Hariz Faizal dan Jihan mendirikan rumah tangga pada 20 Mac tahun lalu.

Ungku Hariz menambah, gosip itu timbul mungkin disebabkan Jihan dilihat lebih menonjol dalam bidang seni berbanding dirinya walaupun sudah lama bertapak sebagai pelakon.

"Faktor Jihan lebih menonjol mungkin menjadi faktor tetapi itu bukan satu masalah kepada saya kerana itu adalah rezeki isteri saya.

"Tetapi Alhamdulillah kami saling memberi semangat kerana sebelum berkahwin pun saya dan Jihan sudah berkawan lama dan tahu permulaan kami di mana," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Ungku Hariz berkata, dia dan Jihan bakal ke Eropah selama 45 hari bagi menjalani penggambaran drama bersiri Biniku Ninja untuk siaran Astro Oasis.

Sinopsis Biniku Ninja

Mengisahkan Azlan berasal dari keluarga susah yang akhirnya berjaya merantau ke UK setelah mendapat tawaran menyambung ijazah dalam aliran seni.

Azlan telah berjumpa dengan seorang gadis niqabis bernama Sabatini, semasa terlibat dalam aktiviti persatuan pelajar. Selepas 3 minggu Azlan kemudian menikahi gadis tersebut dan perkara itu membuka kisah kehidupan nikah muda mereka yang mencabar.

Sebagai pasangan yang gemar mengembara, mereka mengembara ke negara-negara asing selain kemelut yang dilandai mereka sepanjang mereka hidup berdikari diluar negara

Related Posts

Load comments