Drama My Sassy Girl lakonan Joo Won dan Oh Yeon Seo

Tidak seperti filemnya yang memaparkan zaman moden, kali ini mengetengahkan era purba Joseon yang semestinya menjadikan ia lebih menarik. Filem My Sassy Girl dari Korea Selatan pada 2001 mencetuskan fenomena hingga ia diadaptasi ke drama bersiri di Jepun dan filem di Amerika Syarikat (AS).

My Sassy Girl

 

Video sini

Malah, kehebatan filem itu masih diperkatakan dan relevan ditonton hingga hari ini. Kali ini, My Sassy Girl sekali lagi diadaptasi ke drama yang menampilkan pelakon Korea Selatan digilai ramai iaitu Joo Won dan Oh Yeon Seo.

Dalam drama terbaru ini, Joo Won menampilkan lakonan yang cukup menyerlah. Wataknya sebagai Gyeon Woo begitu menjadi. Apatah lagi Gyeon Woo yang juga cendekiawan tersohor memang disanjungi ramai di era itu.

 

Sinopsis My Sassy Girl


My Sassy Girl mengisahkan Gyeon Woo yang amat dipercayai raja hingga dia diberikan akses untuk melakukan apa saja.

Bagaimanapun, takdir akhirnya menemukan dia dengan seorang wanita misteri. Wanita itu berjaya menggoyahkan keangkuhannya dan paling menarik, membuatkan dia gila bayang.

Malangnya, Gyeon Won tidak dapat menjejaki langsung siapakah wanita itu. Dia bukannya jatuh cinta, tetapi berteka-teki siapakah wanita yang cukup unik peribadinya itu.

Sebenarnya wanita itu ialah Puteri Hyemyung yang suka menyelinap keluar dari istana kerana mahu menikmati keseronokan hidup menjadi rakyat biasa.

Sikapnya yang makin menjadi-jadi itu membuatkan dia mula mendatangkan kesusahan kepada pihak istana. Dia perlu berhenti berbuat demikian sebelum identitinya terbongkar.

Walaupun liar, Puteri Hyemyung sebenarnya menjalani kehidupan yang tidak seindah mana dalam istana. Dia diberikan layanan buruk oleh ibu tirinya.

Namun, itu tidak menghalang dirinya disayangi ramai di istana yang sentiasa menyokong di samping menasihatinya.

Masih mengekalkan unsur komedi romantik, kekuatan drama ini terletak pada latar belakang ceritanya. Zaman bangsawan sememangnya satu era yang cukup menarik untuk diketengahkan.

Barangkali jika menggunakan latar belakang kehidupan moden, My Sassy Girl tidak banyak bezanya dengan cerita lain yang pernah dihasilkan.

Info Berkaitan


Sementara itu, Naib Presiden Kanan & Ketua, Kandungan, Terbitan & Pemasaran, Sony Pictures Television Networks Asia Virginia Lim berkata, dia yakin versi baru cerita itu bakal mencipta fenomena lagi.

“Dengan kekuatan barisan pelakon dan pasukan produksi yang berpengalaman, kami yakin versi baru ini pasti menghiburkan penonton sebagaimana filem asalnya.

“Walaupun filem asal pernah diadaptasi semula beberapa kali sebelum ini, tetapi ‘remake’ kali ini membawakan kelainan dan keistimewaan tersendiri kerana latar masa cerita ini dibawa ke zaman Joseon dan bukannya zaman moden.

Drama My Sassy Girl ditayangkan setiap Isnin dan Selasa jam 9 malam di saluran ONE (Astro 393) serentak dengan waktu tayangan di Korea Selatan. - HMetro.

Related Posts

Load comments