Super Spontan Xtravaganza 2018 di Astro Warna

Super Spontan Xtravaganza akan bermula pada 20 Julai 2018, setiap hari Jumaat jam10 malam di Astro Warna. 16 peserta akan bersaing bagi merebut juara SPX ini nanti.

Super Spontan Xtravaganza

Pelakon Elizad Sharifuddin memberitahu dia bersetuju menyertai program lawak Super Spontan Xtravaganza kerana ingin menguji diri dia mampu membuat lawak secara bersahaja ataupun tidak.

Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10

Peserta program Super Spontan Xtravaganza

Sotong Kangkung
  1. Izzue Islam (Ketua)
  2. Elizad
  3. Tauke Jambu
  4. Modee
  5. Nizam Jentik Jentik
  6. Shahrol Shiro
  7. Achey
  8. Atu Zero
Lobster Leleh
  1. Fad Bocey (Ketua)
  2. Abam Bocey
  3. Zara Zya
  4. Mamak Puteh
  5. Joey
  6. Tomok
  7. Jaa Suzuran
  8. Anas




Pemilik nama sebenar Siti Elizad Mohamad Sharifuddin, 34, ini berkata, sebagai seorang pelakon yang sentiasa bergantung kepada skrip, program itu dilihat dapat memberi pengalaman baharu kepada dia memandangkan bidang komedi bukan kepakarannya.

"Saya terima tawaran program ini antara sebabnya ia tidak ada skrip jadi sebagai pemain kita perlu cekap dalam melontarkan idea dengan pantas selain menghiburkan.

"Di sini saya dapat cabar diri saya kerana saya seorang pelakon yang memang ikut skrip jadi menerusi Super Spontan Xtravaganza ini boleh cabar diri nak tengok benak (bodoh) ke pandai saya ni," katanya.

Dalam pada itu, Elizad berkata, pengalaman menyertai minggu boot camp bersama peserta program itu membuatkan dia memandang tinggi kepada pelakon dan pelawak komedi.


Ini kerana kata Elizad, bukan mudah sebenarnya untuk membuat lawak dan ia memerlukan kepakaran dan latihan apatah lagi untuk berjenaka secara spontan.

"Saya sendiri pun ingat ia mudah... Tetapi saya silap. Jujur saya katakan, ia membuka mata saya tentang dunia komedi kerana bukan mudah sebenarnya hendak buat orang ketawa.

"Perasaan hormat saya terhadap golongan ini memang cukup tinggi selain tersedar saya sebagai pelakon masih banyak perkara perlu saya belajar.

"Ia satu penghormatan dapat bekerjasama dengan ramai nama-nama besar dalam bidang komedi dan jadi sebahagian daripada keluarga Super Spontan Xtravaganza," jelasnya.

Lebih dikenali dengan watak-watak berat, Elizad berkata, dia terbuka sekiranya selepas ini ada pihak menawarkannya watak dalam drama atau pun filem genre tersebut.

"Sebelum ini ada juga buat drama ringan dan komedi tetapi ia ada skrip, sekiranya selepas ini ada lagi tawaran saya terbuka dan akan ambil peluang perbaiki diri.

"Ini juga peluang saya untuk mengembangkan karier lakonan kerana sebelum ini saya lebih dikenali dengan watak-watak berat sahaja," ujarnya.

Related Posts

Load comments