Drama Cerita Dalam Kain arahan Rashid Sibir

Cerita Dalam Kain merupakan drama bersiri olahan dari kisah benar yang dipaparkan di dalam Majalah Mingguan Wanita menerusi kolum popular mereka iaitu, Pengakuan Duda dan Ya Tuhan. Drama terbitan Opera Klasik dan arahan pengarah terkenal Rashid Sibir.

drama cerita dalam kain

Para Pelakon

Nazim Othman, Mona Allen, Octovia Menrose, Nazrief Nazri, Sharolnizam, Sherry Merlis, Zila Bakarin, Khir Rahman, Reen Rahim, Norlia Ghani, Asyikin Zainal, Sofi Jikan, Faradhiya, Kamaliah Mat Dom, Piah, Jamal BJ, Hafreez Adam, Wan Sharmila, Dato' Ahmad Tarmimi, Mak Jah, Fizz Fairus, Isyariyana, Mathni Razak, Eira Hazali,

Episod 1 - Suamiku Diasuh Pengasuh
Apabila kepercayaan dikhianti, penyesalan tiada guna. Apakah pengakhiran konflik Hafis, Amyra dan Syira
Pelakon: Shahrolnizam, Sherry Merlis, Zila Bakarin

Episod 2 - Madu Mentua
Antara pilihan ibu dan isteri, apakah pilihan Amar? Sama ada terpaksa melepaskan isteri kesayangan, Mia demi memenuhi permintaan ibunya untuk mengahwinkannya dengan Mona, rakan sekampungnya?
Pelakon: Khir Rahman, Reen Rahim, Norlia Ghani

Episod 3 - Aku Bukan Hamba
Halim ketagih melakukan hubungan kelamin bersama isterinya Suzana sehingga memudaratkan kesihatan isterinya itu. Setelah terbongkar rahsia besar ini, Halim menerima padahnya.

Episod 4 - Isteri Kekasih Datuk
Ika berpindah ke bandar tanpa suaminya. Sedar akan perubahan ketara, Shah mengambil keputusan untuk melawat isterinya. Ika terpaksa akur dengan apa yang diputuskan oleh Shah.

Episod 5 - Suamiku Pondan
Jamil telah menceraikan Azean setelah dia difitnah merupakan seorang pondan. Setelah beberapa bulan kemudian, Azean kembali ke kampung dan berterus-terang tentang apa yang telah terjadi.

Lagu Tema / OST

Aku Bukan Malaikat - Siti Nurhaliza, Komposer Opick, Penerbit Universal Music.
Video Muzik: https://www.youtube.com/watch?v=1lhMv_CLi8M

Sinopsis Cerita Dalam Kain

Kisah ini merupakan adaptasi daripada perkongsian isi hati dan juga pengalaman pembaca setia majalah Mingguan Wanita. Setiap watak tiada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang sudah meninggal dunia.

pelakon drama cerita dalam kain

Saksikan drama Cerita Dalam Kain yang bersiaran setiap hari Khamis jam 10 malam di saluran Astro Prima 105 dan HD 121.

Related Posts

Load comments