Drama Nur 2 lakonan Amyra Rosli, Syafiq Kyle dan Azar Azmi

Memulakan tayangan pada hari ini 2 April di slot Samarinda TV3, drama Nur 2 yang kembali dengan sekuel terbaru. Bersiaran selama 15 episod, drama ini masih diarahkan serta skripnya dihasilkan oleh Shahrulezad Mohameddin. Drama Nur 2 merupakan terbitan Radius One Sdn Bhd.

Drama Nur 2 lakonan Amyra Rosli, Syafiq Kyle dan Azar Azmi

Para Pelakon

Amyra Rosli, Syafiq Kyle, Azar Azmi, Datuk Jalaludin Hassan, Fatimah Abu Bakar, Azhan Rani, Noorkhiriah, Raja Muhd Atiqullah, Eyra Hazali.

Drama Nur 2 boleh disaksikan secara online percuma di iflix Malaysia
https://m.iflix.com/title/show/17256

Lagu Tema / OST

Tetap Kamu - Amylea X Megat, komposer - Farouk Roman, lirik - Amylea.
Bimbang - Artis: Marsha Milan
Pudar - Indah Ruhaila
Dua - Roman
Cintaku - Megat
Tak Pernah Hilang - Amylea & Kaer Azami

Di Sebalik Tabir Nur 2


Sinopsis Drama Nur 2

Ujian demi ujian telah datang kepada Adam dan Nur dalam menempuhi hidup mereka sebagai suami isteri. Setelah berkahwin Adam dan Nur mengajar kanak-kanak mengaji di rumah lama milik Nur. Pada mulanya niat baik mereka itu tidak menghadapi masalah sehinggalah ada penduduk tidak berpuas hati.

Jiran mereka terganggu dengan kelas mengaji yang semakin mendapat sambutan, Adam dan Nur perlu mencari tempat baharu tetapi mereka kekurangan dana.

Adam masih meneruskan aktiviti untuk memberi dakwah di lorong-lorong yang turut mendapat sokongan Nur. Kehadiran Juita seorang pelacur baharu dikawasan itu mengubah segalanya. Juita juga mengimpikan untuk menjadi seperti Nur.

Dia inginkan Adam menjadi miliknya. Sejak dari itu, Juita sentiasa cari peluang untuk mendampingi Adam. Malah, Juita menggunakan Nur dengan berpura-pura menjadi sahabat baik Nur untuk mendapatkan Adam.

Selain dari konflik rumah tangga, Adam juga perlu menyelesaikan masalah sekolah Darul Mukhsin yang kekurangan dana akibat penyelewengan Hamadi. Walaupun meringkuk di dalam penjara, Hamadi masih tidak serik malah mengugut untuk menceraikan Aisyah jika tidak mencari wang jaminan untuk membebaskannya.

Aisyah tersempit di antara suami dan keluarga. Aisyah menebalkan muka meminta bantuan ibunya. Pada awalnya Ayah Haji tidak bersetuju kerana Hamadi menjadi punca permasalahan keluarga mereka. Oleh kerana kasihankan Aisyah, akhirnya permintaan Aisyah dituruti.

Aisyah dan Hamadi turut dihalau keluar dari rumah sewanya dan terpaksa menebal muka untuk tinggal bersama keluarga Aisyah. Kehadiran Hamadi bukan sahaja membuatkan kedua-dua orang mentuanya tidak selesa malah Nur menjadi takut untuk menjejakkan kaki ke rumah itu.

Nur masih trauma dan terkesan dengan peristiwa hitam yang pernah terjadi dengan Hamadi dahulu.

Adakah Hamadi akan insaf atau terus dengan niat jahatnya untuk mendapatkan Nur? Berjayakan Nur dan Adam mempertahankan rumah tangga mereka daripada orang lain yang sentiasa hadir untuk merosakkan seagalanya?

Gambar Pelakon

Drama Nur 2 TV3




drama nur 2 tv3

gambar pelakon drama nur 2 tv3

Berita berkaitan
Mengaku tertekan menghidupkan watak Juita dalam sekuel drama Nur 2 yang dinanti-nantikan peminat, Azar Azmi menyerahkan kepada penonton untuk menilai mutu lakonannya.

Berusaha sehabis baik menghayati watak wanita daring yang cuba menodai Ustaz Adam lakonan Syafiq Kyle, Azar yang sering diberi watak antagonis, sedia dikecam jika aksinya dalam drama itu tidak memberangsangkan.


“Juita sangat berani... Dalam satu babak, dia bertindak di luar kawalan apabila cuba ‘menodai’ Ustaz Adam.

“Saya cuba melakukannya sebaik mungkin... Saya bertuah apabila pengarah dan kru banyak memberikan tunjuk ajar untuk menghidupkan karakter.

“Secara jujur, saya agak tertekan membawa watak Juita kerana banyak bermain emosi,” katanya kepada BH Online.

Azar mengaku berdebar menanti reaksi penonton apabila drama Nur 2 disiarkan TV3, bulan depan.

“Kalau saya berjaya membuatkan orang benci dan marah, itu bermakna saya mampu menjiwai watak Juita.

“Jika sebaliknya, saya perlu bersedia untuk berdepan kecaman,” katanya.

Azar tahu banyak pihak ragu-ragu dengan watak Juita dalam sambungan drama berkenaan.

“Saya hanya melakonkan watak itu... Sudah pasti semua pelakon mahu memberi yang terbaik dan saya tidak terkecuali,” katanya.

Azar yang pernah menyertai pertandingan Dewi Remaja 2009/2010, menyinar selepas membintangi drama Mr Boss Miss Stalker arahan Heykal Hanafiah.

Drama yang diterajui Mia Ahmad dan Ashraf Muslim itu menjadi titik permulaan kepada Azar untuk menggapai impian menjadi pelakon selepas memberi tumpuan kepada dunia perniagaan.

Bakat Azar mula diperkatakan selepas tampil dalam drama Pujaan Hati Kanda bersama Remy Ishak.

Jangan lupa nanti saksikan drama Nur 2 yang bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam di TV3.

Related Posts

Load comments