Pada musim kali ini, Hot FM Lawak Vaganza masih mengekalkan Ajak, Ammar dan Issey sebagai pengurus kumpulan, manakala, Shuk dilantik selaku ketua kumpulan Joc bagi dua peserta baru iaitu Joey Daud serta Caca Dboss.
Secara keseluruhan terdapat empat kumpulan terdiri daripada tiga peserta.
Ahli lain Hot FM Lawak Vaganza
- Tauke
- Man Pos (Rock) Ali
- Mamak (MTD)
- Anas Ridzuan
- Chiwan Chilok (Cikanos).
Mereka akan bersaing untuk memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM30,000. Juara mingguan dengan jumlah undian tertinggi juga akan membawa pulang wang tunai RM5,000.
Senarai Peserta Super Karoks
- Vince Chong
- Syura Badron
- Dia Fadila
- Bob Yusof
- Adibah Noor
- Rem
- Zul 2by2
- Gmie Screen
- Elly Mazlein
- belum
Kumpulan Super Karoks
- Apooo
- Gitewlaa
- Bedeboom
- Wow
- RG Victory
Setiap minggu, peserta diberikan lagu untuk dinyanyikan dan pemenang mingguan akan menerima wang tunai RM5,000. Juara keseluruhan Super Karoks akan membawa pulang wang tunai berjumlah RM30,000.
Pengurus Besar Kumpulan Rangkaian Radio Media Prima Anida Mohd Tahrim berkata, musim pertama Lawak Vaganza dan Super Karoks menerima sambutan luar biasa berikutan berjaya memberi impak segar dalam industri penyiaran radio tempatan.
“Lawak Vaganza dan Super Karoks masing-masing memperoleh lebih dua juta undian dan tujuh juta undian. Ia membuktikan program berkenaan diterima baik pendengar radio masa kini,” katanya.
Menurutnya, program kali ini mengetengahkan pengisian yang lebih mantap kepada pendengar setia.
“Setiap sketsa lawak dan karaoke bukan saja didengari menerusi radio tetapi turut dimuat naik dalam pelbagai platfom media sosial Hot FM dan Kool FM,” katanya.
Anida berkata, pada masa sama, Super Karoks memberi peluang kepada penyanyi untuk kembali aktif dalam industri seni tanah air. Pada tahun lalu, Lawak Vaganza dimenangi kumpulan JMT yang dianggotai Issey, Shuk dan Bell.
Manakala, Elyana dan Intan Sarafina dari kumpulan Hey Ladies menjuarai Super Karoks.
Sementara itu, Shuk berkata, kehadiran Joey dan Caca memberi potensi untuk mencari idea baru dan segar.
“Caca, walaupun dia tidak pernah menyertai Maharaja Lawak Mega, dia mempunyai banyak idea dan berbakat dalam lawak.
“Cuma tiada orang boleh mengetengahkan idea Caca dan Lawak Vaganza platform sesuai untuk dia menunjukkan bakatnya,” katanya. - HMetro