Suri Hati Mr Pilot Raya dan Red Velvet

Menjadi harapan peminat Neelofa dan Fattah Amin jika meraka dapat digandingkan sekali lagi dan ini menjadi kenyataan kerana pasangan sensasi itu akan berlakon dalam projek telefilem khas drama Suri Hati Mr Pilot (SHMP).

red velvet suri hati mr pilot raya

Perkara itu disahkan Neelofa dan Fattah ketika mereka menghadiri acara Throwbaek Drama di NU Sentral di sini, sebentar tadi. Neelofa yang sebelum ini membuat keputusan untuk tidak lagi berlakon dalam sekuel drama SHMP, akhirnya mengubah fikiran.

"Saya buat ini (berlakon lagi dengan Fattah) demi peminat yang tak putus-putus berharap supaya dapat melihat gandingan kami berterusan.

"Bagaimanapun, SHMP kali ini bukan dalam format drama tetapi telefilem khas raya. Penggambaran akan bermula pada 9 hingga 16 April hadapan," katanya.

Neelofa memberitahu, telefilem SHMP itu masih mengekalkan pengarah sama, Michael Ang.

"Saya juga akan berganding dengan Alif Satar untuk projek drama terbaharu berjudul Red Velvet," katanya. - BHarian

Related Posts

Load comments