Konsert Komedi di Astro Warna (2017)

Program Konsert Komedi merupakan rancangan mempamerkan bakat nyanyian pelawak tanahair. Menurut Ketua Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad, para pelawak yang digelar sebagai ‘pemain komedi’ dalam program ini akan diberi kebebasan untuk menentukan konsep persembahan mereka pada setiap minggu.

Konsert Komedi

 

Senarai Pelawak Konsert Komedi 2017



  1. Sepahtu Sinar (Jep, Shuib & Rahim R2)

  2. Dato’ AC Mizal

  3. Bocey (Abam, Fad & Achey)

  4. Shiro (Shahrol & Ajak)

  5. BPC (Afdlin Shauki, Dato’ Awie & Dato’ Hans Isaac)

  6. Zero (Atu, Syaiful & Shariff)

  7. Senario (Wahid, Azlee, Saiful Apek, Ilya, Hamdan & Yassin)

  8. Nabil Ahmad

















Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5
Episod 6Episod 7Episod 8

 

Konsert Komedi 2017 akan bersiaran mulai 12 Mei 2017 setiap hari Jumaat jam 10:00 malam. Rancangan ini akan dihoskan oleh 8 pelawak terkenal Malaysia yg bergilir setiap minggu, dimana mereka diberi kebebasan utk mengendalikan acara mereka sendiri, perlu diselitkan dgn sketsa dan nyanyian yg bakal mengeletek hati penonton.

Senarai pelawak yg mengambil bahagian adalah Senario, Shiro, Sepahtu, Nabil, Bocey, Datuk Ac Mizal, Zero serta kumpulan Baik Punya Cilok yg terdiri drpada Afdlin Shauki, Hans Isaac dan Datuk Awie.

Selain menyanyi, pemain komedi juga akan membuat sketsa secara solo atau berkumpulan bersama beberapa selebriti undangan – antaranya Erra Fazira, Stacy, Siti Nordiana, Misha Omar dan Indah Ruhaila.

Konsert tersebut bakal diiringi oleh kumpulan pemain muzik di bawah pimpinan Pengarah Muzik terkenal, Datuk Ramli MS.

Konsert Komedi mula bersiaran pd 12 Mei ini, jam 10.00 malam di Astro Warna (saluran 132) dan Astro Warna HD (saluran 124).

Related Posts

Load comments