Nota Silam lakonan Nadiya Nisaa dan Aeril Zafril

Telemovie Nota Silam ini diterbitkan oleh Lumatic Films dan arahan pengarah Nik Amir Mustapha. Ditayangkan untuk slot Citra Exclusive di Astro Citra 131 & Mustika HD 134.

nota silam

Video NotaSilam

Para Pelakon


Nadiya Nisaa, Aeril Zafrel, Shakilla Khoriri, Mustaqim Mohamed, Zaidi Omar, Redza Minhat, Ahmad Iswazir Ismail, Khaty Azian.

Dilahirkan pada 11 Julai 1985. Nadiya Nisaa berasal dari Gombak, Kuala Lumpur. Beliau merupakan anak yang kedua daripada lima adik beradik yang terdiri daripada 2 lelaki dan 3 perempuan. Nadiya Nisaa mendalami dunia pelakon sebelum melanjutkan pendidikannya ke universiti. Beliau juga merupakan seorang pelakon yang mula meningkat naik menerusi drama "Adam dan Hawa" bergandingan bersama Aaron Aziz di Astro Mustika HD.

Nadiya Nisaa memperolehi Ijazah Sarjana Muda Penyiaran di Universiti Teknologi Mara (UITM) Shah Alam, Saat ini, beliau juga sudah mendirikan rumah tangga bersama pasangannya iaitu Saiful Azman Mohd Kassim yang merupakan seorang pelukis yang terkenal dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki; Omar.

Aeril Zafrel atau nama sebenarnya Suhairil bin Sunari merupakan seorang model dan pelakon remaja popular di Malaysia dan berasal dari Kampung Sungai Kluang, Rengit, Batu Pahat, Malaysia. Berdarah kacukan Jawa, Acheh,Minang dan Bugis. Beliau mula dikenali menerusi watak Affendi dalam siri TV Kisah Kaisara Musim Pertama. Kelibatnya juga dilihat dalam siri TV Senja Permai di Astro Prima Durja Ningsun di TV3 dan Cinta Jannah serta drama bersiri eksklusif "Cerita Cinta Kita" di TV3.

Allahyarham Khairell Khamis, seorang pelakon dan penyanyi era 80an merupakan bapa angkatnya yang bertanggungjawab membawa Aeril ke persada seni apabila dia membawa remaja kacak ini ke dunia lakonan menerusi drama Permata Hati Mama pada tahun 2006 dan seterusnya memperkenalkan beliau kepada pengarah handalan Aziz M. Osman dan penerbit Noraliah Lee (Vee). Aziz dan Vee kemudiannya menyunting Aeril untuk membintangi siri TV remaja Kisah Kaisara pada tahun 2007.

Pada tahun 2010, Khairil Khamis telah meninggal dunia kini Aeril masih aktif di persada seni untuk terus menyambung cita-cita arwah ayah angkatnya itu.

 

Sinopsis Nota Silam


Munirah menjumpai sebuah nota cinta di dalam sebuah buku yang diperolehi secara rambang dari 'blind date with a book' dan cuba untuk menemukan pasangan di dalam nota tersebut yang merubah hidup Munirah.

Telemovie Nota Silam bersiaran pada Sabtu, 27 Mei 2017, 9.00 malam.

Related Posts

Load comments