Ketuk-Ketuk Ramadan 2017 (Sheila Rusly)

Ketuk-Ketuk Ramadan 2017 kini kembali untuk musim ke-10 dah.. bersama Sheila Rusly dengan selebriti-selebriti jemputan memasak secara ringkas sesuai untuk hidangan sahur dan berbuka puasa.

Ketuk-Ketuk Ramadan 2017

Menariknya, kali ini penonton berpeluang menyaksikan artis kesayangan mereka memasak dan menghidangkan makanan yang istimewa sajian berbuka puasa. Artis undangan yang dijemput memasak dengan resipi pilihan mereka sendiri, turut berkongsi kisah perkembangan terbaru mereka di samping persiapan sambutan menjelangnya Aidilfitri tahun ini.

Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5
Episod 6Episod 7Episod 8Episod 9Episod 10
Episod 11Episod 12Episod 13Episod 14Episod 15
Episod 16Episod 17Episod 18Episod 19Episod 20
Episod 21Episod 22Episod 23Episod 24Episod 25
Episod 26Episod 27Episod 28Episod 29Episod 30


Artis Jemputan Ketuk-Ketuk Ramadan 2017

Ketuk Ketuk Ramadan 2017 akan menampilkan 30 orang artis yang terkenal di Malaysia. Antara artis yang akan masak bersama Shiela Rusly ialah Elly Mazlien, Khai Bahar, Fauziah Ahmad Daud, Elfira Loy, Aiman Tino, Janna Nick, Ayda Jebat, Sufian Suhaimi dan ramai lagi.


Artikel Berkaitan

Sheila Rusly merupakan pelakon komedi Malaysia yang popular dan pernah merangkul pelbagai anugerah. Sheila dilahirkan di Selayang pada 1971 memiliki darah campuran Melayu dan Cina mula bergiat aktif di persada seni sejak 1986 ketika berusia 16 tahun.
Ketika awal kemunculan beliau, Sheila banyak berlakon di bawah arahan pelawak terkenal AR Badul. Bakat komedinya dicungkil AR Badul hingga menjadi pelawak wanita paling popular di Malaysia.

Biarpun telah lama berlakon, populariti Sheila mula mendadak naik setelah muncul dalam trilogi Enot pada tahun 2002. Lakonan beliau yang bersahaja meletakkan beliau sebagai salah seorang aktres komedi paling berpengaruh. Sheila juga dikatakan sebagai pelawak wanita pertama Malaysia yang berjaya menjadi penghias kulit depan majalah fesyen.

Biarpun kesemua filem lakonan beliau bergenre komedi, Sheila juga aktif di kaca TV menerusi watak drama. Antara lakonan beliau yang disebut-sebut adalah menerusi watak banduan wanita dalam drama Sebuah Ijtihad dan Cinta Si Penggali Kubur (wanita rosak akhlak).

Di layar perak, Sheila diingati menerusi watak komedinya dalam filem MX3 yang menggandingkan beliau dengan pelawak Saiful Apek. Gandingan Sheila dan Saiful meledakkan panggung dan dikenang sebagai pasangan pelawak paling hebat dalam filem Melayu. Sheila juga mencuri tumpuan apabila bergandingan bersama Afdlin Shauki dalam filem Diva Popular.

Sheila kini aktif sebagai penerbit dan banyak menerbitkan drama-drama bermutu untuk siaran televisyen tempatan. Menerusi drama Sebuah Ijtihad, produksi Sheila berjaya merangkul anugerah Drama Terbaik di Anugerah Skrin 2007.

Saksikan Ketuk-Ketuk Ramadan 2017 bersiaran setiap hari mulai jam 12.30 tengah hari di TV1, program kegemaran ramai ini masih mengekalkan Sheila Rusly sebagai hos.

Related Posts

Load comments