Surat Mati Abah lakonan Aman Graseka

Telefilem di slot Cerekarama TV3, Surat Mati Abah ini diterbitkan oleh Zeel Production Sdn Bhd dan pengarah Murali Abdullah. Telah bersiaran pada Sabtu, 27 Mei 2017 lepas.

surat mati abah

Video SuratMatiAbah

 

Para Pelakon


Aman Graseka, Aida Aris, Raysha Rizrose, Juedian Omar, Ezany Nizariff, Syed Shafiq.

Y.M. Raja Aman Shah bin Raja Baharom Shah. b. 28th February 1968. A screen actor under the name ‘Aman Graseka’ ialah seorang pelakon filem dan drama televisyen Malaysia. Beliau yang memulakan kerjaya lakonan pada tahun 1991 pernah meraih anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di Anugerah Seri Angkasa pada tahun 1999.

Aman yang berasal dari keluarga diraja negeri Perak ( http://www.royalark.net/Malaysia/perak15.htm ) memulakan karier dengan memegang watak-watak kecil dan lagak ngeri sebelum diberi kepercayaan memegang watak utama dalam filem Cinta Kita pada tahun 1995 bergandingan dengan aktres popular Sofia Jane. Menerusi watak penulis novel dalam filem tersebut melayakkan beliau bertanding dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-12. Sejak itu nama beliau popular sebagai pelakon lelaki yang berbakat.

Pada tahun 1999, beliau menerima anugerah Pelakon Lelaki Terbaik menerusi lakonannya sebagai trangender dalam telefilem Amy Anuar di Anugerah Seri Angkasa. Pada tahun 1997 beliau melangsungkan perkahwinan dengan penyanyi dangdut Mas Idayu secara rahsia. Perkahwinan yang bertahan selama 10 tahun itu dirahsiakan daripada media dan peminat biarpun ramai yang bertanya. Mereka dikurniakan seorang cahayamata perempuan yang bernama Raja Nur Dayini Asyiqah.

 

Sinopsis Surat Mati Abah


Disebalik sepucuk surat kematian ayahnya, pelbagai insiden dan misteri yang terbongkar. Satu persatu rahsia diketahui. Apakah semuanya akan bahagia?

Related Posts

Load comments